Rabu, Jun 30, 2010

TERIMA KASIH, ENCIK ZULKEFLI BIN MOHD AMIN

Mulai 1 Julai 2010, SK Nitar 1 akan kehilangan seorang pemimpin yang amat disayangi dan dikagumi oleh semua warga SK NItar 1. Encik Zulkefli bin Mohd Amin, mantan Guru Besar SK Nitar 1 akan menjalankan tugas dan amanah di sekolah SK Kem Iskandar, Mersing.
Sepanjang lima tahun menabur keringat di SK Nitar 1, banyak idea dan dasar yang beliau buat membuahkan pelbagai kejayaan akademik, sukan, kokurikulum dan sebagainya yang tidak terlarat untuk disenaraikan. Masyarakat Felda Nitar 1 juga mengenali beliau dan beliau amat rapat dengan pemimpin dan ibu bapa di Felda Nitar 1. Semua orang mengenalinya kerana kepimpinan yang tegas dan adil kepada semua.
Kami warga SK Nitar 1 amat terkejut apabila mendapat berita beliau akan menjalankan tugas sebagai Guru Besar di SK Kem Iskandar mulai 1 Julai 2010. Warga SK Nitar 1 mendoakan agar Encik Zulkefli bin Mohd Amin akan terus gemilang dalam wawasannya. InsyaAllah.
SELAMAT DATANG kepada Guru Besar SK Nitar 1 yang baru, Encik Mohd Rashidi bin Mat Jalil.

JASAMU DIKENANG

Selasa, Jun 29, 2010

MINGGU KEMPEN BUDI BAHASA


29 Jun hingga 2 Julai 2010, SK Nitar 1 melancarkan minggu Kempen Budi Bahasa Amalan Kita. Pada 29 Jun 2010 telah diadakan majlis pelancaran rasmi kempen tersebut. Sempena kempen tersebut pelbagai acara diadakan bagi menimbulkan reaksi spontan berbudi bahasa. Misi kempen ini boleh didapati melalui laman web Kementerian Maklumat Komunikasi dan Kebudayaan. (sila klik)

Gambar Majlis Pelancaran Rasmi Minggu Kempen Budi Bahasa Amalan Kita

Jumaat, Jun 25, 2010

Gambar Kenangan Lawatan PPD

Rabu, Jun 23, 2010

Kunjungan Mesra Tuan PPD Mersing

Pada jam 7.30 pagi, Tuan PPD Mersing hadir bersama beberapa Pegawai dari PPD Mersing ke SK Nitar 1. Salam yang dihulurkan oleh Tuan PPD amatlah dialu-alukan. Tuan PPD telah bertemu dengan semua pelajar Tahun 6 yang akan menghadapi UPSR. Dalam pertemuan tersebut, Tuan PPD telah memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada pelajar Tahun 6. Tuan PPD berharap 'permata ' yang ada dapat digilap dengan sebaik mungkin dalam menghasilkan sinar gemerlapan dalam UPSR.
Sesungguhnya warga SK Nitar 1 berbangga dengan "SALAM PERMATA MERSING" ke arah merealisasikan MERSING HEBAT. Kunjungan mesra sebeginilah yang sentiasa dinantikan oleh warga pendidik SK Nitar 1. Terima kasih kepada Tuan PPD Mersing dan para pegawainya yang dapat menghulurkan salam kepada kami warga SK Nitar 1 walaupun ianya sekadar beberapa minit tapi amat besar ertinya kepada para pelajar Tahun 6. Teruskan usaha murni ini.

Isnin, Jun 21, 2010

Selamat Kembali Ke Sekolah

Setelah bercuti selama  2 minggu, semua pelajar SK Nitar 1 kembali semula ke sekolah bagi meneruskan agenda kecemerlangan dalam pendidikan. Pelajar Tahun 6 SK Nitar 1 sepanjang 2 minggu lepas terlibat dengan kelas tambahan UPSR. Tahniah diucapkan kepada semua guru SK Nitar 1 dan semua pelajar Tahun 6 SK Nitar 1 kerana dapat menghadirkan diri ke kelas tambahan tersebut. Didoakan agar pengorbanan tersebut diberkati Allah. Amin.

UPSR DAN PMR DIMANSUHKAN?

Untuk rujukan dan perkongsian, klik tajuk di bawah

1. Berita Harian Online - Kenyataan Akhbar Menteri Pelajaran
2. Berita Harian Online - Pendapat Orang Ramai