Khamis, Oktober 11, 2012

Sukan Persahabatan SK Nitar 1 dan SK Nitar 2

Pada 11 Oktober 2012, satu program pengisian Tahun 6 selepas UPSR telah dijalankan bersama antara SK Nitar 1 dan SK Nitar 2. Bertempat di padang sekolah SK Nitar 2, telah diadakan perlawanan persahabatan bolasepak dan bola jaring yang melibatkan pelajar Tahun 6 kedua-dua sekolah. Dalam perlawanan bola jaring, SK Nitar 1 menewaskan SK Nitar 2, 15-7 manakala dalam perlawanan bola sepak, SK Nitar 1 tewas kepada SK Nitar 2, 1-2. Program sebegini telah diadakan sejak tahun lalu lagi dan ianya amat positif bagi merapatkan silaturrahim antara guru dan murid kedua-dua sekolah.
 

Jumaat, Jun 29, 2012

KARNIVAL SAINS SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH MERSING

Pada 28 Jun 2012, SK Nitar 1 telah menjadi tuan rumah karnival tersebut. Sebanyak 3 kategori di pertandingkan iaitu Bercerita Sains Dalam Bahasa Inggeris, Eureka Sains dan Amali Sains. Dianggarkan seramai 150 orang guru dan murid hadir pada karnival ini.

Khamis, Februari 16, 2012

SK NITAR 1 JUARA PING PONG PEREMPUAN 12 TAHUN MERSING


Pertandingan Ping Pong Sekolah-sekolah Daerah Mersing  telah diadakan pada 15 Februari 2012. Bagi kategori Perempuan 12 tahun, SK Nitar 1 menguasai pertandingan akhir apabila Nurul Irdina Aqilah bt Mohd Fadil (Tahun 5) dan Anis Hanim bt Ruzlan (Tahun 5) berentap sesama sendiri. Juara milik Nurul Irdina dan Naib Juara Anis Anim. Dalam kategori beregu Perempuan 12 Tahun gandingan Nurul Irdina dan Anis Anim telah menggungguli takhta kejuaraan. 
Warga SK Nitar 1 berbangga dan tahniah diucapkan.

Khamis, Januari 05, 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Tahniah buat adik Mohamad Azim Faris bin Roslee yang telah ditawarkan ke Tingkatan 1 SBP, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh, Perak. Tahniah juga buat Nurul Alia bt Hazani yang ditawarkan ke SMKA Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. Juga ucapan tahniah buat semua pelajar cemerlang UPSR 2011 yang telah ditawarkan ke KRK SMK Nitar. Teruskan kecemerlangan anda walau di mana jua anda berada. Adik Mohamad Azim Faris telah menolak tawaran ke STAR Ipoh dan kini sedang belajar di SMK Seri Mersing.
Tahun 2011 telah berlalu. Kini 2012 menanti apakah pencak yang akan ditarikan bagi menjamin kecemerlangan berterusan.  Semuanya terpulang kepada kebijaksanaan masing-masing. SELAMAT BELAJAR.