Jumaat, Ogos 20, 2010

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2010

UPSR semakin hampir. Langkah bagi memastikan semua calon UPSR bersedia telah dirancang dengan teliti. Sepanjang Ramadhan ini, guru-guru SK Nitar 1 telah mengadakan kelas tambahan mulai jam 1.15 tengahari hingga 2.15 petang. Calon UPSR dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut mata pelajaran yang mereka tidak kuasai. Kelas tambahan ini diadakan setiap hari Isnin hingga Khamis.
Pada malam pula mulai 8.00 malam hingga 10.00 malam,  pelajar ini akan belajar secara berkumpulan di beberapa rumah rakan mereka dan diawasi oleh ibu bapa. Guru Besar, GPK dan para guru akan memantau selepas selesai solat Terawikh. Tuan Pengurus Felda Nitar 1 juga terlibat sebagai pemantau. Semua bahan untuk aktiviti kumpulan belajar ini disediakan oleh guru-guru.
Doakanlah agar hati mereka terang untuk menerima ilmu yang dipelajari.

Rabu, Ogos 18, 2010

KELEBIHAN SOLAT TARAWIH MALAM KESEMBILAN HINGGA MALAM KEDUA BELAS

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

KSSR


Penekanan Sistem Pendidikan Negara :
1. Pembangunan modal insan.

2. Penghasilan pelajar celik minda.

3. Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat.

4. Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan Ulul Al-Bab.
 

Selasa, Ogos 17, 2010

KELEBIHAN SOLAT TARAWIH MALAM PERTAMA HINGGA MALAM KELAPAN

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Selasa, Ogos 10, 2010

LARIAN KEMERDEKAAN WARGA SK NITAR 1

Tanggal 9 Ogos 2010, semua warga SK Nitar 1 termasuk pelajar Pra Sekolah telah bersama-sama menyertai Larian Kemerdekaan di sekitar Felda Nitar 1. Larian bermula jam 8.30 pagi, jarak yang dilalui oleh warga SK Nitar 1 ini sejauh 3.4 kilometer. Program larian ini diadakan bagi memberikan mesej kepada warga Nitar 1 bahawa sekolah tidak pernah lupa memberikan pendidikan asas berkaitan perjuangan ke arah kemerdekaan. Sepanjang bulan kemerdekaan, warga SK Nitar 1 didedahkan dengan pelbagai peristiwa bersejarah yang berlaku sebelum kemerdekaan. Sekolah ini ingin melahirkan anak didik yang terbilang dalam akademik, kokurikulum, sahsiah dan tahu menghargai sejarah negara dan bersedia mempertahankan hak mereka di bumi tercinta ini.

Selasa, Ogos 03, 2010

Isnin, Ogos 02, 2010

SELAMAT BERTUGAS DI SK (L) BANDAR KLUANG

Setelah dua tahun berkhidmat di SK Nitar 1, Pn. Samsiah bt Basir, Guru Penolong Kanan KoKurikulum telah berpindah ke SK (L) Bandar Kluang sebagai GPK Petang. Dalam ucapan beliau semasa majlis perpisahan diadakan, beliau amat berbangga kerana telah menimba banyak pengalaman di sekolah ini. Banyak kejayaan yang telah dikecapi semasa mentadbir kokurikulum SK Nitar 1. Warga SK Nitar 1 mengucapkan selamat bertugas dan lebih berjaya di tempat baru.