Rabu, September 15, 2010

UPSR DAN RAYA


Pada 21 September- 23 September 2010, pelajar Tahun 6 seluruh negara akan menghadapi UPSR. Pelbagai cabaran, cubaan dan dugaan mereka lalui dalam menuju tarikh keramat tersebut. Paling teruji ialah dalam menghadapi persiapan menghadapi UPSR, Hari Raya Aidil Fitri dilalui terlebih dahulu. Cuti panjang sebelum hari raya juga menguji ketahanan diri dalam menghadapi UPSR.
Pada raut wajah guru-guru, timbul kebimbangan sepanjang cuti pelajar Tahun 6 akan leka seketika dan paling ditakuti 'mood' pelajar Tahun 6 masih lagi belum kembali kepada 'mood' UPSR. Sebenarnya pelbagai kelas tanbahan telah dibuat oleh guru-guru sebelum hari raya dan awal hari raya juga ada guru yang mengorbankan cuti raya dengan mengadakan kelas tambahan. Itulah pengorbanan pendidik yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar oleh masyarakat.
Sepanjang cuti, ibu bapa pelajar UPSR MESTILAH sentiasa mengekalkan anak-anak mereka dengan 'mood' UPSR. Bagaimana? Ikutlah kebijaksanaan ibu bapa dalam mendidik anak-anak di rumah. Masing-masing ada teknik dan kaedah sendiri. Doa dari kami warga pendidik SK Nitar 1, kecemerlangan tetap akan dimiliki bagi individu yang tidak pernah serik berusaha untuk cemerlang. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan