Rabu, Mac 31, 2010

Kenali Sekitar SK Nitar 1

Tak kenal maka tak cinta. Persekitaran sekolah ini sebenarnya bercirikan ketenangan, kehijauan, kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan. Guru-guru, pelajar dan kakitangan sekolah ini sememangnya cukup seronok berada dalam persekitaran sebegini. Bumi hijau tetap terpelihara. Kami warga SK Nitar 1 amat sayang kepada sekolah ini.

Bangunan Baru Sedang Dibina

Satu bangunan  tambahan tiga tingkat dalam proses pembinaan. Pelbagai langkah keselamatan telah diambil oleh pihak sekolah bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin. Bangunan baru yang sedang dalam pembinaan ini terletak di tengah-tengah antara bangunan Blok A dan C serta bersebelahan  kantin sekolah. 

Olahraga MSSM Daerah Mersing

Hari pertama (30.3.2010) telah menceriakan kem pasukan olahraga SK Nitar 1. Satu pingat gangsa telah digenggam oleh adik Amirul Aiman (Tahun 4 Arif) dalam acara Lompat Tinggi Lelaki 10. Tahniah kepada adik Amirul Aiman dan sekalung penghargaan kepada jurulatih SK Nitar 1, Ustaz Hj. Aziz, En. Saiful, En. Faizal dan Pn. Wan Noor Hanida. Pingat ini merupakan motivasi kepada atlit sekolah yang lain. Hari ini mereka berjuang pada hari kedua. Selamat maju jaya.
Adik Amirul Aiman bin Abu Hassan

Selasa, Mac 30, 2010

Gotong-Royong Perdana Kuarters Guru KIP Nitar 1

Demam denggi yang berpunca daripada gigitan nyamuk aedes amat dipandang serius oleh guru-guru di Nitar 1. MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI. Penghuni telah mengadakan satu gotong-royong membersih dan mengindahkan persekitaran KIP ini. Ketika penghuni lelaki membersih dan mengindahkan kawasan, penghuni wanita menyiapkan bahan jamuan untuk majlis kesyukuran dan doa selamat pada sebelah malamnya. Begitulah semangat perpaduan dan kerjasama yang kuat di kalangan penghuni. Suasana begitu meriah dan harmoni. Saksikan slaid ini.

Aktiviti Kuarters Guru KIP Nitar 1

Aktiviti membina tempat membuang sampah telah dijalankan oleh semua penghuni lelaki Kuarters Guru KIP Nitar 1. Sikap bertanggungjawab menjaga kebersihan amatlah dituntut. Guru sebagai contoh kepada masyarakat. Jangan buang sampah di merata tempat. Tahniah kepada guru KIP Nitar 1.

Mesyuarat Guru SKN 1

SELAMAT BERJUANG

Hari ini akan bermula Kejohanan Olahraga MSSM Daerah Mersing di SMK Anjung Batu. Seramai 20 orang atlit SK Nitar 1 menyertai kejohanan kali ini. Tahniah kepada Cikgu Saiful, Ustaz Aziz dan Cikgu Faizal kerana telah berjaya melatih atlit sekolah. Mereka telah melatih atlit SK Nitar 1 dengan penuh bertanggungjawab. Latihan pasukan ini telah bermula sebelum cuti pertengahan semester 1 yang lalu. Tahniah kepada guru-guru terbabit dan pelajar-pelajar yang terpilih. Kami doakan pasukan olahraga sekolah akan beroleh kejayaan yang cemerlang. InsyaAllah.

Sambutan Maulidur Rasul SK Nitar 1

Sambutan telah diadakan pada 25 Mac 2010 (Jumaat).