Khamis, September 30, 2010

PERMOHONAN ATAS TALIAN- KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN 1 DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) BAGI TAHUN 2011


1. Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang secara online. Klik pada permohonan secara online di bawah.


2. Tarikh tutup : 15 Oktober 2010
3. Cetak Borang Permohonan yang telah lengkap sebanyak dua salinan. Salinan pertama perlu dihantar kepada Guru Besar sekolah dan salinan kedua dihantar kepada Pengetua SBP yang dipilih.


Rabu, September 29, 2010

RESPON TAHAP SOALAN UPSR 2010


Kajian ini dilakukan di kalangan calon UPSR SK Nitar 1 seramai 36 orang bagi lima mata pelajaran (Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Matematik, Sains, Bahasa Inggeris), selepas tamat UPSR pada 23 September yang lalu.

Senang               -  12%
Boleh tahan        -  33%
Susah                 -  55%

Rabu, September 22, 2010

RESPON TAHAP SOALAN UPSR 2010

Setelah dua hari UPSR dilalui, tiga kertas telah dijawab pelajar iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan dan Matematik. Hasil soal selidik di kalangan pelajar UPSR SK Nitar 1, 62% calon kata senang, 18% kata bolehlah dan 20% kata susah. Hari terakhir mereka akan menduduki kertas Sains dan Bahasa Inggeris serta kertas Aptitud. Kita tunggu respon sehingga hari terakhir.

Isnin, September 20, 2010

SELAMAT MANGHADAPI UPSR

Seluruh warga SK Nitar 1 mendoakan semua calon UPSR sekolah ini yang akan menghadapi ujian ini mulai 21 September hingga 23 september diberikan hidayah dan diterangi hati dan minda agar dapat menjawab soalan-soalan UPSR dengan tenang, betul dan tepat dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang. InsyaAllah. 

Rabu, September 15, 2010

UPSR DAN RAYA


Pada 21 September- 23 September 2010, pelajar Tahun 6 seluruh negara akan menghadapi UPSR. Pelbagai cabaran, cubaan dan dugaan mereka lalui dalam menuju tarikh keramat tersebut. Paling teruji ialah dalam menghadapi persiapan menghadapi UPSR, Hari Raya Aidil Fitri dilalui terlebih dahulu. Cuti panjang sebelum hari raya juga menguji ketahanan diri dalam menghadapi UPSR.
Pada raut wajah guru-guru, timbul kebimbangan sepanjang cuti pelajar Tahun 6 akan leka seketika dan paling ditakuti 'mood' pelajar Tahun 6 masih lagi belum kembali kepada 'mood' UPSR. Sebenarnya pelbagai kelas tanbahan telah dibuat oleh guru-guru sebelum hari raya dan awal hari raya juga ada guru yang mengorbankan cuti raya dengan mengadakan kelas tambahan. Itulah pengorbanan pendidik yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar oleh masyarakat.
Sepanjang cuti, ibu bapa pelajar UPSR MESTILAH sentiasa mengekalkan anak-anak mereka dengan 'mood' UPSR. Bagaimana? Ikutlah kebijaksanaan ibu bapa dalam mendidik anak-anak di rumah. Masing-masing ada teknik dan kaedah sendiri. Doa dari kami warga pendidik SK Nitar 1, kecemerlangan tetap akan dimiliki bagi individu yang tidak pernah serik berusaha untuk cemerlang. InsyaAllah.

Masih dalam 'mood' raya


14 September 2010, SK Nitar 1 telah memulakan sesi persekolahan selepas bercuti selama lebih seminggu sempena sambutan Aidil Fitri. Pada hari tersebut, topik utama yang dibincangkan oleh lebih daripada 95% pelajar ialah sambutan hari raya yang telah mereka lalui. Banyak peristiwa manis yang diceritakan kepada rakan sebaya dan juga kepada guru-guru. Paling hangat ialah jumlah duit raya yang mereka dapat.
Ketika pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti  biasa, senyuman yang terpacul daripada wajah mereka membuktikan mereka masih dalam 'mood' raya dan dalam pemikiran meraka ada perancangan yang rapi sedang disusun iaitu "rumah guru mana yang mereka akan kunjungi dahulu dan seterusnya mengutip seberapa banyak duit raya". Itulah gelagat murid kita dan ianya merupakan warisan sejak dahulu termasuklah zaman kita menjadi mereka. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Jumaat, September 03, 2010

TARIKH MULA BERSEKOLAH

Perhatian kepada semua ibu bapa. SK Nitar 1 akan mula bersekolah semula setelah bercuti sempena Hari Raya Aidil Fitri pada 14 September 2010 (Selasa). Harap maklum.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

WARGA SK NITAR 1 MENGUCAPKAN

SELAMAT HARI RAYA
AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN