Warga SK Nitar 1 mengalu-alukan semula kehadiran semua murid ke sekolah pada tahun 2014 ini. Tahniah kepada ibu bapa yang telah menyediakan segala kemudahan dan kelengkapan untuk anak-anak hadir ke sekolah. Azamkan dalam diri untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan akan terus memberikan yang terbaik kepada ibu bapa dan sekolah.
Rabu, Januari 01, 2014
Khamis, Jun 13, 2013
POST MORTEM BERSAMA IBU BAPA TAHUN 6
Aktiviti ini akan diadakan pada 14 Jun 2013, jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat SK Nitar 1. Ibu bapa murid Tahun 6 diminta hadir. Majlis ini diadakan bagi mencari satu titik kecemerlangan untuk murid Tahun 6 cemerlang dalam UPSR nanti.
Khamis, Januari 17, 2013
PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6 DAN MESYUARAT AJK PIBG BIL. 1/2013
Satu perjumpaan antara pihak sekolah dengan ibu bapa Tahun 6 dan Mesyuarat AJK PIBG Bil. 1/2013 akan diadakan pada hari Jumaat, 18 Januari 2013 bertempat di Dewan SK Nitar 1 jam 10.00 pagi . Ibu bapa dan AJK PIBG yang berkenaan diharap dapat hadir bagi menjana pekongsian ilmu demi masa depan anak bangsa.
Khamis, Oktober 11, 2012
Sukan Persahabatan SK Nitar 1 dan SK Nitar 2
Pada 11 Oktober 2012, satu program pengisian Tahun 6 selepas UPSR telah dijalankan bersama antara SK Nitar 1 dan SK Nitar 2. Bertempat di padang sekolah SK Nitar 2, telah diadakan perlawanan persahabatan bolasepak dan bola jaring yang melibatkan pelajar Tahun 6 kedua-dua sekolah. Dalam perlawanan bola jaring, SK Nitar 1 menewaskan SK Nitar 2, 15-7 manakala dalam perlawanan bola sepak, SK Nitar 1 tewas kepada SK Nitar 2, 1-2. Program sebegini telah diadakan sejak tahun lalu lagi dan ianya amat positif bagi merapatkan silaturrahim antara guru dan murid kedua-dua sekolah.
Jumaat, Jun 29, 2012
KARNIVAL SAINS SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH MERSING
Pada 28 Jun 2012, SK Nitar 1 telah menjadi tuan rumah karnival tersebut. Sebanyak 3 kategori di pertandingkan iaitu Bercerita Sains Dalam Bahasa Inggeris, Eureka Sains dan Amali Sains. Dianggarkan seramai 150 orang guru dan murid hadir pada karnival ini.
Khamis, Februari 16, 2012
SK NITAR 1 JUARA PING PONG PEREMPUAN 12 TAHUN MERSING
Pertandingan Ping Pong Sekolah-sekolah Daerah Mersing telah diadakan pada 15 Februari 2012. Bagi kategori Perempuan 12 tahun, SK Nitar 1 menguasai pertandingan akhir apabila Nurul Irdina Aqilah bt Mohd Fadil (Tahun 5) dan Anis Hanim bt Ruzlan (Tahun 5) berentap sesama sendiri. Juara milik Nurul Irdina dan Naib Juara Anis Anim. Dalam kategori beregu Perempuan 12 Tahun gandingan Nurul Irdina dan Anis Anim telah menggungguli takhta kejuaraan.
Warga SK Nitar 1 berbangga dan tahniah diucapkan.
Langgan:
Catatan (Atom)
