Rabu, September 15, 2010

Masih dalam 'mood' raya


14 September 2010, SK Nitar 1 telah memulakan sesi persekolahan selepas bercuti selama lebih seminggu sempena sambutan Aidil Fitri. Pada hari tersebut, topik utama yang dibincangkan oleh lebih daripada 95% pelajar ialah sambutan hari raya yang telah mereka lalui. Banyak peristiwa manis yang diceritakan kepada rakan sebaya dan juga kepada guru-guru. Paling hangat ialah jumlah duit raya yang mereka dapat.
Ketika pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti  biasa, senyuman yang terpacul daripada wajah mereka membuktikan mereka masih dalam 'mood' raya dan dalam pemikiran meraka ada perancangan yang rapi sedang disusun iaitu "rumah guru mana yang mereka akan kunjungi dahulu dan seterusnya mengutip seberapa banyak duit raya". Itulah gelagat murid kita dan ianya merupakan warisan sejak dahulu termasuklah zaman kita menjadi mereka. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan